Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Usaha, Jangan Malas!” – Dato’ Seri Vida Nasihat Golongan Terjejas Jangan Guna Alasan PKP

Dato' Seri Vida

Menerusi akaun rasmi TikTok usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida menasihati orang ramai yang meminta bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan ketika ini untuk berusaha mencari sumber rezeki.

Advertisement

Di dalam video hantaran tersebut terlihat Dato’ Vida sedang singgah membeli makanan di sebuah gerai kecil di kawasan perumahannya sambil menjawab pertanyaan daripada seorang pengikutnya yang ingin memohon bantuan makanan.

Janganlah guna alasan PKP pendapatan terjejas nak beli pampers anak tak boleh, usaha. Tengok adik ni usaha. Pendapatan RM200 – RM250 sehari kau mampu? Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena bersih dan menu sedap. Saya singgah ni sebab bersih.

@datoserividaofficialReply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA..##fyp ##viral ##pkp ##malaysia ##datoserivida

? original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Video yang berdurasi kurang daripada seminit itu menunjukkan Dato’ Vida tidak mahu golongan ini terlalu mengharapkan bantuan bendera putih yang sedang hangat dibincangkan oleh orang ramai baru-baru ini.

Dato' Seri VidaSumber : Instagram Dato' Seri Vida  

 

Meninjau di ruangan komen hantaran video tersebut, rata-rata menganggap Dato’ Vida umpama menyindir golongan-golongan yang memang memerlukan bantuan itu, namun ada juga yang mengambil nasihat Dato’ Vida dari sudut positif.

Dah-dah lah tu. Jangan letakkan diri orang lain tu malas. Cuma rezeki tak ada je. Jangan ingat diri tu sentiasa diatas boh.

Lahh hai duk komen negatif. Orang tu suh usaha je. Betul lah apa dia kata. Lainlah yang betul-betul susah tu lain lah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. June

    July 7, 2021 at 6:59 pm

    Yg sbnr ny,Allah x uji pn yg miskin & ssh ni…..tp Allah sedang uji Dato….
    Dr segi apa yg Dato ckp,ada bnr ny.usaha.tp bg yg betul2x x mampu,betul2x dh lngsung xda pndptn,nk cri kja pn ssh sbb byk kedai ttp,nk niaga xda modal.Dato nk ckp apa? mmg dato ada ckp dulu pn dato usaha dr bwh,tp sedar x dulu kn dato ada pndptn ttp sbg cikgu.sedikit sbnyk itu mbantu dato dr segi modal,slbh ny dato usaha smpai thp cmni.sy salute….
    Tp dlm kes sekarang bkn org xnk usaha,nk kluar pn tbatas,apatah lg nk cri kja.kasihan la mereka yg betul2x ssh…..
    Allah ujo dato ni,sedar la.

  2. Anonymous

    July 7, 2021 at 3:50 pm

    kalau dah duit untuk bt modal pn dah x nak niaga ape… cuba pikir sebelum ckp tu.. pikir dalam2.. kita xdduk dkt tmpt org yg ssh tu.. kita xtau ape yg org ssh tu rase.. mcm dia xpela makan 7 keturunan pn xabes.. btla bpe kali pkp pn xkn abes hrta dia.. lain kali, ni cadangan n pandangan aku la.. kalau xbnd baik nak ckp, rsenya lbh baik ddk diam.. tgk je.. org xbedosa, ko pn skli x dosa mengata org.. jangan nk crik publisiti murahan la kat sni.. tumpu je la dkt bisnes ko tu… ni bising2 tp tolong xnk.. ko mmg mintak org kecam ko kan sb dh lame ko xbt kes? so tkut org lupe… klu ko rse ni sbhgian dr stategi business ko, ko mmg la dahagaperhatian.. tu je aku nk ckp. sekian terima kasih

  3. nani

    July 7, 2021 at 12:22 pm

    I hate this type of mentality. Yes, saya pun boleh cakap homeless itu pemalas. Reality, they are broken inside that need to be guided mercilessly. Sekarang masa terkurung celah mana nak usaha? Dulu you pernah susah tapi tak terkurung. You do not know what they have been through because you are not in their shoes. Stop your judgemental mentality.

  4. Anonymous

    July 6, 2021 at 9:15 pm

    Yela datin. Betulla tu. Tp klu kita terjumpa org ssh ni hulur2 InsyaAllah. Ada sebab la tu dia minta.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top