Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lelong Cincin Nikah, Nourul Depp Hulur Bantuan Dengan Cara Tersendiri

Nourul Depp

Punya cara yang tersendiri dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Nourul Depp memaklumkan bahawa dia ingin menjual cincin daripada perkahwinannya yang pertama dahulu.

Sudah berusia 25 tahun, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab berkata bahawa cincin nikah bersama bekas suaminya iaitu komposer Ajai tersebut hanya terbiar dalam simpanan sejak daripada tahun 2007.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Ujarnya lagi, wang hasil jualan cincin tersebut akan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Cincin legend ni kami tak perasan dok terperuk lama dalam almari. Dah banyak kali pindah dengan kami. Kami tak pakai lagi dah semenjak 2007. Kami memang nak salurkan duit ni pada puan @inot72 yang banyak membantu mereka yang memerlukan. Siaoa nak buat collection cincin ni, boleh hubungi kami. Harga bermula daripada RM300. Siapa bida tinggi dia dapat.”

Sekadar info, penyanyi lagu Kerana Terluka itu telah mendirikan rumah tangga kali pertama bersama dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada tahun 2007.

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazirah yang kini berusia 23 tahun.

Advertisement

Lima tahun kemudian, Nourul telah bernikah dengan suaminya kini, Eric Daniel Depp pada tahun 2012 dan kemudian dikurniakan tiga orang cahaya mata.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top