Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Nak Pindah Tak Pakai Duit Orang Pun” – Nourul Depp Kesal Dikecam Dek Bakal Berhijrah Ke Bali

keluarga nourul depp

Selepas lama mendiamkan diri, Nourul Depp akhirnya mendedahkan bahawa keluarganya akan berhijrah ke Bali, Indonesia pada pertengahan Julai nanti.

Advertisement

Pun begitu, sepertinya terdapat segelintir individu yang dilihat mengecam keputusan yang dibuat oleh penyanyi tersebut. Disebabkan oleh respon negatif yang diterima, Nourul telah meluahkan perasaan kecewanya.

“Saya nak pindah tak pakai duit orang pun. Saya hanya buat hal sendiri tapi dikecam seperti sudah menyusahkan orang lain. Saya jadi sangat sedih apabila dihina dan dikecam teruk. Saya tak kacau hidup orang atau minta tolong mereka kemaskan barang saya pun.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Oleh kerana respon sebegini, wanita itu memilih untuk meninggalkan Malaysia tanpa memberikan sebarang kenyataan lagi selepas ini.  Sudahlah penat menguruskan hal perpindahan, pastinya dia berasa hampa apabila dikecam seperti ini.

“Sudahlah saya kena hadap pelbagai cabaran untuk proses berhijrah ini dan kelam kabut uruskan hal-hal lain, tapi bila dengar komen-komen negatif saya terus rasa tak nak kongsi lagi.”

Tambah Nourul lagi, dia memahami perasaan masyarakat yang bercampur-baur dek terpaksa mengharungi pandemik COVID-19 sampaikan berasa tidak senang dengan perkongsiannya.

nourul depp dan suami

Dalam pada itu, wanita itu mendedahkan bahawa mereka akan ke Bali selepas permohonan visa diluluskan selain selesai mendapatkan suntikan vaksin kedua.

“Anak-anak akan mulakan sesi persekolahan pada bulan Ogos ini. Lagipun kami sudah membuat bayaran penuh, jadi perlu ke Bali bulan depan dan lalui proses kuarantin dan prosedur lain.”

Bukan sahaja mendaftarkan anak ke sekolah yang bagus, Nourul menjelaskan bahawa mereka berpindah kerana suaminya, Eric Daniel Depp yang sudah bersara dan tiada komitmen kerja.

Semoga urusan Nourul dan keluarga untuk berhijrah berjalan dengan lancar.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    June 24, 2021 at 7:17 pm

    Move on, suka tgk ajai skrg

  2. Quo

    June 24, 2021 at 1:21 am

    Klu rasa tu yg terbaik buat lah.. awk pindah pun dalam bumi juga bukan luar angkasa pun. But please ajaran agama islam jgn tolak tepi wlupun awak ddk dlm lingkungan agama bebas di bali. Jaga diri awk n famili kt sana. Jaga agama. Jgn sesekali ltk agama at the sec ok.

  3. Smartbird

    June 19, 2021 at 12:57 pm

    Sabar aje ya, memang dah jadi kebiasaan manusia jelata! They forgot the facts that what goes around comes around & when that happens, hopefully they will realise it but sad to say most of them will NOT! Allah swt yang berkuasa atas segala hidayah yg diberikan. Apa pun didoakan U sekeluarga selamat berpindah kaBali kerana ianya tetap bumi milik NYA. Look forward to your future videos (without comment allowed).

    • Nana

      June 19, 2021 at 10:04 pm

      Setuju dgn Smartbird. Haters always hate. Let them be.

  4. Anonymous

    June 18, 2021 at 8:18 pm

    pindah je lah. siapa menangus kau ke indon.
    tak perlu lah cari duit di malaysia nak belanja indon.
    indonkan best tidak banyak cara mcm malaysia untuk.memantau. covid pun merata2 boleh dapat.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top