Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin memaklumkan semalam, beliau telah pun memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam dan pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq.
Ia susulan kedua-dua individu ini telah memfitnah beliau dalam sebuah video dan gambar menerusi media sosial. Oleh kerana itu, KJ telah menuntut ganti rugi dan minta posting itu semua diturunkan serta membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sehubungan dengan itu, melalui Instagram Ustaz Abu Syafiq, beliau bercadang untuk mengemukakan saman balas terhadap menteri terbabit sebanyak RM500 juta.
Bagaimanapun, dalam hantaran lain pula, penceramah ini memuat naik permohonan maaf buat KJ dengan memanggilnya sebagai ‘Abang KJ’.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Ustaz Abu Syafiq turut menegaskan bahawa dirinya tidak akan mendiamkan diri dan tetap akan melawan pemimpin-pemimpin yang dianggap olehnya bersifat zalim serta jahat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.