Siap ‘Tanduk Merah’, Tindakan Baby Shima Bertatu Undang Kecaman Netizen

Hiburan

Siap ‘Tanduk Merah’, Tindakan Baby Shima Bertatu Undang Kecaman Netizen

Penyanyi penuh kontroversi, Baby Shima baru-baru ini ada memuat naik sebuah video yang ternyata telah membuatkan ramai netizen terkejut dan terkesima.

Manakan tidaknya, penyanyi itu dilihat tampil dengan tatu yang diletakkan pada bahagian lengan kiri dan belakang badannya.

Advertisement

Malah, imej tatu tersebut turut dihiasi dengan ‘tanduk merah’ seperti syaitan yang sememangnya tidak bersesuaian dengan penampilan Shima sebagai seorang yang beragama Islam.

Namun begitu, Shima tidak pula menjelaskan dengan lanjut mengapa dia bertindak seperti itu tetapi menyuruh peminat yang ingin tahu agar menonton video di saluran YouTube miliknya.

Setelah ditinjau, penampilan bertatu Shima itu rupanya hanyalah sekadar gurauan atau ‘prank’ di mana ia adalah sejenis pelekat yang boleh dipadam, bukanlah kekal.

Baru sahaja membuka ruang untuk dikecam, penjelasan Baby Shima itu ternyata meleraikan rasa panik dalam kalangan peminatnya.

Jangan macam-macam eh Baby Shima!

Shima
2 years ago

"Ada 'Benda' Yang Nak Menyelit Sekali" - Penonton Nampak Kelibat Misteri Dalam MV Baby Shima

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...