“Usah Peralatkan Solat Istikharah Demi Cinta Kita Yang Tak Berapa Suci”

Trending

“Usah Peralatkan Solat Istikharah Demi Cinta Kita Yang Tak Berapa Suci”

Semalam, kita semua telah diberitakan mengenai bekas suami Elly Mazlein, pengarah drama Azmi Hatta yang mendakwa bercerai dengan penyanyi itu dan telah membuat solat istikharah dan mula bercinta dengan pelakon Faye Kusairy setelah nampak wajah Faye melalui solat istikharah. Kenyataan Azmi telah mendapat pelbagai reaksi, terutamanya yang negatif .

istikharah

Advertisement

Seorang pengguna Facebook, Muhammad Rusydi, selepas itu telah mengongsi tentang solat istikharah dan cara terbaik untuk mendapat maanfaat dari ibadat tersebut berlandaskan hukum-hukum Allah di akaun Facebook miliknya.

ISTIKHARAH CINTA YANG MENYIMPANG

Melalui mafhum hadis Nabi s.a.w., ”…tidak sia-sia orang yang beristikharah dan tak menyesal orang yang bermusyawarah (berbincang).”

Di zaman couple terhangat ni, di zaman Alif Cenel mengangkat ikon-ikon couple untuk dicontohi ke persada viral — printscreen sweet, gaduh, rajuk pui, gambar-gambar kapel di IG — padahal semuanya belum nikah.

Maka, istikharah yang asal tujuannya suci — iaitu memohon petunjuk Ilahi, serah segala kepada-Nya. Allah penentu baik dan buruk. — tiba-tiba telah disalahgunakan para mereka yang hanyut bercinta.

Mari semak kesalahan istikharah cinta kita.

1. Mabuk cinta.

Dia buat istikharah dalam keadaan dia mabuk dilamun cinta pada seseorang itu dan seseorang itu juga berperasaan yang serupa. Kemudian, istikharah minta nama orang dicintainya.

Dia tidur dalam keadaan dia gila bayang pada si fulan itu. Resultnya, majoriti nampak orang yang diingini.

Dia mimpi nampak orang yang dia suka dalam tidurnya. Dia kata orang tu rindu dia kononlah. Padahal otak dia yang ligat fikir benda yang sama. Pasti imej itu terawang-awang dalam kepalanya.

2. Istikharah sebagai cara mengurat.

“Assalamualaikum awak. Saya istikharah dan nampak awak dalam tidur saya. Dah sebulan saya istikharah.”

Tetttt!

Kamu penunggang agama. Sebab gambar dia papar tu lawa, so dengan mainkan agama, kamu nak pancing dia. Cara kuno bro. Cuba lagi. Zaman forum iluvislam bolehlah kot.

3. Istikharah sebagai jalan berpisah.

“Saya dah istikharah dan saya nampak orang lain.”

Dah bercouple lebih setahun. Dah keluar dating dah semua. Tiba-tiba, istikharah sebagai solusi move on?

Nope.

Istikharah bersama nafsu syaitan. Dan ya, syaitan win dalam mimpimu.

Nak berpisah, jangan libatkan istikharah. Bertanggungjawablah bro.

4. Cancel perkahwinan, pertunangan kerana istikharah.

Ini juga salah satu cabang syaitan. Persiapan semua dah buat. Bercinta pun sudah. Tiba-tiba di saat-saat akhir, nak cuba buat istikharah dan dalam mimpi tak nampak petanda. Buat lagi dan nampak orang lain pula.

Maka, cancel sebab istikharah.

Tak valid istikharah tu.

Teruskan saja pernikahan. Jangan hancurkan hati orang lain dan menyusahkan seluruh keluarga orang dan keluarga kita dengan mainan mimpi semata.

Sebab, tak pasti lagi mimpi itu sahih atau tidak.

Utamakan realiti sebelum mimpi.

Kita pendosa dan tak mustahil syaitan berupa apa saja dalam mimpi.

***

AKHIR KALAM

Buatlah istikharah dalam keadaan:
— hati tenang
— bersih dari dosa kecil dan besar
— memang betul-betul harap keredhaan
— tidak condong kepada mana-mana perasaan
— tidak dipengaruhi keinginan hati

Istikharah adalah alternatif. Yang lebih utama adalah tindakan, usaha, tanggungjawab, amanah, akhlak, dan adakah kita sediakan diri dari sudut agama semantap mungkin ke alam perkahwinan.

Kita ada otak yang rasional. Jangan terus condong kepada mimpi yang sekali dua kita buat sedangkan dalam masa yang sama hati kita sendiri tidak suci, tindakan kita juga tidak selari dengan agama.

You syok kapel dah, tiba-tiba nak istikharah — selari celah mana?

Kamu dan dia boleh berdua bersatu.

Tapi maksiat dan ibadat tiada jalan bersatu.

Usah peralatkan istikharah demi cinta kita yang tak berapa suci.

Sekain.

Muhammad Rusydi

Kata orang, kita semua hanya melihat apa yang kita mahu lihat, dan mendengar apa yang kita mahu dengar. Jika kita benar-benar inginkan panduan dari Allah, maka solat Istikharah kerana Allah, ikhlas. Seperti lafaz niat kita, ‘Lillaahita’ala”.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.