Saya Bercinta Dengan Faye Lepas Nampak Wajahnya Dalam Solat Istikharah – Azmi Hatta

Hiburan

Saya Bercinta Dengan Faye Lepas Nampak Wajahnya Dalam Solat Istikharah – Azmi Hatta

Percintaan bekas suami Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta dan Faye Kusairi boleh dikatakan menjadi perhatian netizen.

Ada yang menganggap Azmi tidak patut untuk menjalinkan hubungan dengan perempuan lain saat Elly sedang mengandung berdasarkan pendedahan Elly sebelum ini yang memberitahu Azmi mula bercinta dengan Faye sebelum anak mereka lahir lagi.

Advertisement

Namun, Azmi memberitahu beliau dan Faye mula bercinta hanya selepas beliau sah bercerai dengan Elly pada bulan Oktober lepas.

Saya menjalinkan hubungan cinta yang serius selepas saya dikurniakan ilham dan Allah menampakkan wajah Faye Kusairi dalam solat istikharah. Demi Allah saya bercakap benar. Setelah beberapa kali pertemuan dengan Faye barulah saya beritahu mengenai gambaran solat istikharah itu.

Azmi juga membuat pengakuan bersumpah Faye bukan punca penceraiannya dan Elly Mazlein.

Tujuan beliau melakukan  sidang media semalam dan pengakuan sumpah itu bagi memulihkan serta membersihkan namanya dan juga Faye telah dituduh serta dilempar  dengan pelbagai tomahan, termasuk menjadi orang ketiga dalam hubungannya dengan Elly.

Disini saya mahu bersumpah bahawasanya dakwaan yang mengatakan Faye Kusairi punca saya berpisah dengan Elly Mazlein adalah tidak benar. Saya mengadakan sidang media ini bagi membersihkan nama baik saya dan Faye serta keluarga sekaligus menghentikan segala provokasi di media massa selama ini.

Nampaknya isu sudah semakin besar, satu demi satu kenyataan yang keluar. Kadang-kadang ada baiknya tidak meluahkan segala-galanya kepada umum kerana ia mengundang pelbagai masalah di masa hadapan.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...