“Usah Bajet Baguslah You All..” Dikecam Lagi, Prof Muhaya Kritik Wanita Bekerjaya Dan Berpendidikan

Hiburan

“Usah Bajet Baguslah You All..” Dikecam Lagi, Prof Muhaya Kritik Wanita Bekerjaya Dan Berpendidikan

Sejak beberapa hari lalu, nama Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad hangat diperkatakan gara-gara tularnya video memaparkan dirinya memberi kenyataan mengenai wanita perlu ‘bodoh-bodoh sikit’ demi mendapat pasangan hidup.

Kali ini, namanya disebut-sebut sekali lagi di mana sebuah lagi videonya berlegar di media sosial di mana dia seolah-olah merendahkan martabat wanita bekerjaya sehingga membangkitkan kemarahan netizen.

Advertisement
Prof MuhayaSumber : Instagram Prof Muhaya  

“Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you all. I’m a career woman, Allah..sudahlah. Tak ada dalam al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry. Wanita solehah nilai dia lebih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challenge, challenge.”

Tambah Muhaya dalam video itu lagi, wanita yang mempunyai taraf akademik tidak mendapat apa-apa kelebihan tambahan dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kini.

 

“Apa manfaat, nak bajet bagus, I pandai, I PHD, apa manfaat pada orang?” katanya.

Meninjau ruangan komen, kenyataan yang dikeluarkan pakar mata itu diibaratkan netizen seperti ‘meludah ke langit, muka juga yang basah’ memandangkan dia juga mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Terdahulu, Prof Muhaya pada minggu lepas ada memohon maaf berhubung videonya yang tular sebelum ini.

Antara selebriti dan ahli akademik yang tampil mengkritik kenyataan Muhaya adalah Dr Amalina Che Bakri dan Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman.

Prof Muhaya
3 years ago

"Buat-Buat B*doh.."- Datuk Prof Dr. Muhaya Mohon Maaf Di Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...