Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Buat-Buat B*doh..”- Datuk Prof Dr. Muhaya Mohon Maaf Di Instagram

Prof Muhaya

Penceramah bebas dan juga pakar mata, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan daripada tularnya video yang memaparkan dia memberi nasihat mengapa wanita lambat dapat jodoh sehingga menerima kritikan hebat daripada netizen.

Permohonan maaf itu dibuat Muhaya menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, semalam.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhayaofficial)

Dia yang membahasakan diri sebagai Bonda dalam kenyataannya menjelaskan bahawa video tular berdurasi 56 saat itu adalah potongan sesi siaran langsung selamat 45 minit di media sosialnya yang dibuat sekitar 6 Februari lalu.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhayaofficial)

“Secara terknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam masyarakat, terutamanya kaum wanita sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.”

Justeru itu, Muhaya kemudian memohon maaf dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang isu terbabit termasuklah pihak media.

Terdahulu, sebuah video dari akaun media sosial Prof Muhaya yang mengulas mengenai punca wanita lambat dapat jodoh telah tular di media sosial berikutan kenyataan ‘perlu menjadi bodoh sedikit’ untuk segera mendapat pasangan.

BACA: Tular Isu ‘B*doh-B*doh Sikit,’ Ustaz Ahmad Dusuki Hubungi Prof Muhaya Minta Penjelasan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 Comments

  1. Anonymous

    June 12, 2021 at 9:16 pm

    Kesian prof, orang yg mengata ni, kalau kena kat family sndri kne kecam… Xckup muke kowg nanti..

  2. Anonymous

    June 12, 2021 at 3:18 pm

    PROF TU PUN MANUSIA BUKANNYA SEMPURNA. TAK SEMESTINYA KATA-KATANYA BENAR BELAKA. NAMPAK DILUAR MEMANGLAH SEMPURNA .MUNGKIN SEBAB DIA SELALU MEMBERI CERAMAH .

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top