Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Uqasha Tutup Ruangan Komen, Instagram Nelydia Pula “Diserang” Netizen

Susulan kes memandu dalam keadaan khayal sehingga terlibat dalam kemalangan dan kantoi memiliki dadah seberat 14.74 gram , pelakon Uqasha Senrose telah menutup fungsi komen di akaun Instagramnya selepas teruk dihujani dengan  pertanyaan berkaitan kes tersebut termasuklah menerima komen-komen negatif daripada netizen serta tersebarnya foto beliau di balai polis.

Advertisement

Masih tidak berpuas hati dengan isu Uqasha terlibat dengan dadah, kini netizen mula “menyerang” Instagram adiknya, Nelydia Senrose pula dengan pelbagai kecaman.  Lebih teruk lagi, ada juga sesetengah pihak yang turut mengaitkan Nelydia dalam isu tersebut.

Antara komen netizen :-

Terdahulu, Uqasha ditahan dalam keadaan khayal dan pihak polis turut menemui dadah jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji dalam beg tangan Chanel berwarna-warni miliknya. Dadah tersebut dianggarkan bernilai RM660. Ujian saringan awal air kencing terhadap beliau didapati negatif dan Uqasha sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataan belaiu direkodkan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Sehingga saat ini, Uqasha masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung kes kontroversi berkenaan walaupun tidak henti dihubungi oleh pihak media.

Kami harap Uqasha dapat tampil menjelaskan isu sebenar demi reputasinya juga serta menghentikan segala serangan netizen terhadap ahli keluarganya. Kesian dekat Nelydia yang turut terkena tempiasnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

39 Comments

  1. JgnSentap

    May 7, 2018 at 12:47 pm

    Member Aku polis yg tahan dia ni. Dia baru balik dari Perth . Tak done nak telan Eramin 5.

  2. Anonymous

    May 7, 2018 at 12:42 pm

    lps ni ig raysha plk sedia kna serang.ig hefny ker…sy nk tv banned dia mcm korg banned FT dulu. pdhal buka bju je pn. n bkn aurat pn utk lki. semua x adillll

  3. yus

    May 7, 2018 at 12:16 pm

    jika betul itu kesilapan dia…kdg kesilapan yg kita buat adalah titik permulaan pembetulan yg Allah SWT nak beri… jika kita taknak berlaku pada kita @ keluarga kita berdoa berckp yg baik2. takda sapa x buat silap. Pengakhiran kita adalah rahsia

  4. anon

    May 7, 2018 at 11:53 am

    Dia ni mmg cukup lengkap label budak liar. Dah lah tak tutup aurat, pakai dedah sana sini, bertukar2 jantan, ni main dadah pulak, bagus betol uqasha ni. ….wife material betol..

    • Mimi

      May 7, 2018 at 12:56 pm

      Not a fan of her, tapi judgement you sis memang hebat. Dunia macam roda sis, kejap atas kejap bawah. Remember that. I tak cakap apa dia buat tu betul, tapi this is not the right way

    • Wekkkkkkk

      May 7, 2018 at 1:50 pm

      Perfect everything..

    • yus

      May 7, 2018 at 2:37 pm

      ANON… jk kata2 awak pd dia dibalikkan ke diri awak atau adik perempuan awak… how do u react?? Happy?? #judgemental

  5. Anonymous

    May 7, 2018 at 11:44 am

    jangan ada pulak batak yang cakap konspirasi politik sempena pru14 mcm kes tokrid aritu…last2 tokrid ygbuat kenyataan palsu…haktuihhh

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama