May 6th, 2018

Sejak beberapa jam lalu, peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan satu salinan laporan polis viral yang menyatakan seorang pelakon popular dan jelita ditahan kerana kes dadah. Pelbagai spekulasi timbul dan ramai yang tidak menyangka dia terlibat dengan kes tersebut.

Terbaru, portal Harian Metro mengesahkan berita berkenaan. Difahamkan, artis yang berusia 26 tahun itu terbabit dalam kemalangan jalan raya di Taman Tun Dr Ismail pada jam 11.45 pagi tadi sebelum anggota polis menemui enam ‘aluminium foil’ mengandungi 53 pil dadah eramin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati pelakon yang berasal dari Kelantan itu berada dalam keadaan khayal.

Pelakon yang juga kakak kepada dua pelakon wanita popular yang memandu Range Rover dikatakan melanggar kenderaan Honda BRV di jalan terbabit. Anggota polis ke lokasi kejadian kemudian membawanya ke balai polis itu untuk pemeriksaan lanjut.

Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pelakon wanita itu didapati negatif. Dia kini ditahan di balai polis itu untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan penahanan tersebut dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya.

Sumber Berita : Harian Metro


49 responses to “Pelakon Wanita Popular Terlalu Khayal Sehingga Langgar Kereta, Kantoi Miliki Dadah”

  1. che ton says:

    “Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pelakon wanita itu didapati negatif. Dia kini ditahan di balai polis itu untuk siasatan lanjut.” negatif ke positif dadah ni???

  2. Bawang Nasional says:

    pelakon lah katakan…

  3. Mat Ronggeng says:

    Dunia politics penuh rasuah.
    Dunia Artis penuh dadah.
    Dunia buruh penuh Indon dan Bangla
    Dunia pembangunan dah penuh orang China
    Apa nak jadi Malaysia ku ?

    Zed Zaidi mana? Zed Zaidi… Ko nak black list artis ni tak? Senrosak sebelanga.

  4. Anonymous says:

    Minah K tu siapa?

Loading...