Uqasha Tutup Ruangan Komen, Instagram Nelydia Pula “Diserang” Netizen

Hiburan

Uqasha Tutup Ruangan Komen, Instagram Nelydia Pula “Diserang” Netizen

Susulan kes memandu dalam keadaan khayal sehingga terlibat dalam kemalangan dan kantoi memiliki dadah seberat 14.74 gram , pelakon Uqasha Senrose telah menutup fungsi komen di akaun Instagramnya selepas teruk dihujani dengan  pertanyaan berkaitan kes tersebut termasuklah menerima komen-komen negatif daripada netizen serta tersebarnya foto beliau di balai polis.

Advertisement

Masih tidak berpuas hati dengan isu Uqasha terlibat dengan dadah, kini netizen mula “menyerang” Instagram adiknya, Nelydia Senrose pula dengan pelbagai kecaman.  Lebih teruk lagi, ada juga sesetengah pihak yang turut mengaitkan Nelydia dalam isu tersebut.

Antara komen netizen :-

Terdahulu, Uqasha ditahan dalam keadaan khayal dan pihak polis turut menemui dadah jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji dalam beg tangan Chanel berwarna-warni miliknya. Dadah tersebut dianggarkan bernilai RM660. Ujian saringan awal air kencing terhadap beliau didapati negatif dan Uqasha sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataan belaiu direkodkan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Sehingga saat ini, Uqasha masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung kes kontroversi berkenaan walaupun tidak henti dihubungi oleh pihak media.

Kami harap Uqasha dapat tampil menjelaskan isu sebenar demi reputasinya juga serta menghentikan segala serangan netizen terhadap ahli keluarganya. Kesian dekat Nelydia yang turut terkena tempiasnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...