Bagaimanapun, Uqasha menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia satu tuduhan yang mengarut. Selama ini dia tidak pernah mencampuri urusan dua pelakon berstatus VIP itu.
Meskipun sudah mengambil langkah untuk lebih berhati-hati berkawan dengan artis dan tidak mahu terlibat dalam agenda peribadi mana-mana individu, nama Uqasha tetap terpalit dengan kontroversi.
Saya pun terkejut macam mana boleh timbul isu saya cuba goda suami Rebecca? Tolonglah, saya tak campur lah hal datin-datin.
Saya sedar kalau terlalu rapat dengan sesama artis pun, kita tak tahu sejauh mana keikhlasan dan kejujuran mereka dalam bersahabat. Saya tengok ramai saja yang suka cakap-cakap belakang. Sebab itulah saya takut nak berkawan rapat.
Bukan bermaksud tidak mahu langsung berkawan dengan artis, tetapi Uqasha tetap perlu berhati-hati dan meletakkan had atau batas tertentu agar tiada sebarang salah faham mahupun perkara buruk terjadi kelak.
Benar kata-kata Uqasha itu, kena hati-hati pilih kawan. Tidak semua orang yang betul-betul ikhlas bila berkawan dengan kita. Sesetengah orang ibarat duri didalam daging, selalu menikam kita dari dalam.