Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Bakal Bernikah 21 Oktober?

Hiburan

Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Bakal Bernikah 21 Oktober?

Spekulasi pernikahan pasangan merpati dua sejoli Uqasha Senrose dan Kamal Adli ini terus menjadi tanda tanya dan persoalan ramai hingga ke saat ini.

Kamal Adli fitting baju kahwin
2 bulan lalu

Kamal Adli 'Fitting' Baju, Netizen Syak Pernikahan Bersama Uqasha Semakin Dekat

Advertisement

Terbaharu, pasangan tersebut dikatakan bakal disatukan pada 21 Oktober depan selepas welcome board (papan ucapan selamat datang) majlis pernikahan mereka tersebar dalam laman sosial TikTok sejak kelmarin.

Menerusi video yang dikongsikan akuan @kadgalericinta, rakaman tersebut jelas memaparkan nama Kamal dan Uqasha pada majlis yang tertera pada Oktober 21.

Advertisement

Rata-rata netizen beranggapan tarikh yang dimaksudkan adalah 21 Oktober, namun sebenarnya angka 21 itu merujuk kepada tahun 2021.

Menurut pengelola akaun tersebut, dia menyerahkan kepada Uqasha dan Kamal untuk mengumumkan tarikh hari bahagia mereka nanti.

Uqasha Senrose dan Kamal Adli

Sehingga kini, pasangan popular itu belum mengesahkan kesahihan mengenai perkara tersebut dan dilihat lebih selesa mengunci mulut mengenai tarikh pernikahan mereka.

Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...