Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kamal Adli ‘Fitting’ Baju, Netizen Syak Pernikahan Bersama Uqasha Semakin Dekat

Kamal Adli fitting baju kahwin

Semalam, aksi pelakon Kamal Adli berkongsikan momen-momen dirinya sedang melakukan sesi mengukur pakaian atau fitting menerusi Instagram Storynya telah mencuri perhatian netizen.

Advertisement

Menerusi video yang dikongsikan itu kelihatan pelakon tersebut bertemu dengan pereka fesyen tersohor iaitu Rizman Ruzaini dan meninggalkan kapsyen “ukur apa tu?” seperti memberi hint bakal memakai busana pengantin dari pereka fesyen tersebut.

Tidak hanya melakukan fitting bersama Rizman, malah Kamal turut berkongsi video beliau sedang bertemu dengan pereka yang pakar membuat suit iaitu Kenny Lords di Lords Tailor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K.A (@kamaladli)

Advertisement

Hal itu sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa majlis pernikahan pasangan merpati dua seloji itu bakal berlangsung tidak lama lagi.

Malah, ada juga sumber mengatakan Kamal dan Uqasha bakal menamatkan zaman bujang mereka pada awal bulan November selepas terpaksa menangguhkan majlis yang sepatutnya dilakukan pada bulan Jun lalu kerana pandemik COVID-19 meningkat.

Kamal Adli dan Uqasha

Terdahulu, Kamal yang digandingkan bersama Uqasha dalam drama Perempuan Tanpa Dosa telah pun melamar wanita jelita itu di acara anugerah MeleTOP, Disember tahun lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    October 11, 2021 at 4:40 pm

    mekap uqasha tu, umur 29 dh mcm 39 ku tgk

  2. hi

    October 5, 2021 at 7:44 pm

    kan uqasya dah reveal nak kawin nov ni

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top