Baru-baru ini, tindakan penyanyi Zynakal memuat naik gambar tanpa izin di Instagram Storynya menunjukkan beberapa gambar wanita telah pun ditegur oleh pemilik foto terbabit di Twitter.
Tampil memperjelaskan kepada umum, Zynakal atau mesra dipanggil Zyn itu berkata foto resume terbabit merupakan sebahagian daripada prop yang digunakan untuk penggambaran sebuah drama.
Menerusi beberapa rakaman di Insta Storynya, Zyn ada membuat permohonan maaf pada pagi Selasa.
View this post on Instagram
Sebelum ini, seorang wanita di Twitter meminta agar penyanyi lagu Sakit itu memadam foto yang dimuat naik secepat mungkin kerana menganggap hal yang dilakukan itu adalah salah dan tidak beretika.
Tak perlu ambil gambar orang tanpa izin untuk buat content.
Dalam pada itu, Zyn memohon maaf juga kerana mengabaikan teguran tersebut ketika itu atas sebab dirinya berada di kawasan yang tidak mempunyai liputan internet semasa kejadian.
Harapnya semuanya dah selesai.. Zyn pun dah minta maaf dan semoga tak jadi lagi di masa hadapan.
Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.