“Mati Nanti Akan Tinggal Juga Semua Harta” – Sajat Tak Kisah Aset Kena Lelong

Hiburan

“Mati Nanti Akan Tinggal Juga Semua Harta” – Sajat Tak Kisah Aset Kena Lelong

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat mengakui tidak kisah sekiranya aset di Malaysia miliknya disita dan akan dilelong pada hari ini.

Menurut Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, dia tidak perlu memikirkan tentang perkara tersebut.

Advertisement

Sajat berkata, dia sentiasa berlapang dada dan mahu meneruskan kehidupan baharunya di Australia.

Sebagai manusia, pokok pangkalnya apa yang kita ada kita akan tinggalkan nanti. Syukur saya dapat melihat semua ni ketika saya masih hidup.

Sajat akui dia tidak hadir ketika perbicaraan dan telah dianggap kalah kerana dia tidak berada di Malaysia.

Bagi saya, saya dah mati di Malaysia! Saya tak perlu fikirkan apa yang berlaku di sana, sama ada tentang rumah dan segalanya. Terpulanglah mereka nak buat apa.

Nak lelong, lelonglah. Saya tak hairan pun. Apa kita ada nanti pun kita akan tinggalkan…

Advertisement

Tegas Sajat, tidak perlu untuk dirinya bersedih dan berduka lara dengan keputusan yang sudah muktamad.

Bagaimanapun, Sajat melihat perkara ini daripada sudut positif dan bersyukur dengan apa yang berlaku.

Baca: Harta Sajat Akan Dilelong Esok, Jemput Datang Ke Kota Damansara Untuk Pembelian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    December 15, 2021 at 8:14 am

    Kalau harta ingat plak x bawa ke mati.kalau diri tu x ingat plak pasal mati,ingat langit tak selalu nya cerah,masa x akan boleh diulang kembali.kita bukan semakin muda ingattt.sekarang boleh cakap macam macam.semoga ada kesempatan kita semua untuk bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka.

  2. bilatinsa

    December 14, 2021 at 7:28 pm

    Just stop glorifying the trans.

  3. Anonymous

    December 14, 2021 at 1:52 pm

    pernah tak tgk org2 yg terlantar sakit di luar negara, lps tu fmly bersungguh2 merayu mintak sumbangan kos perubatan dan nak bawa pulang pesakit?

    sajat jgn angkuh sgt mendongak langit.. ko masuk spital seminggu pun silap2 fmly kat malaysia kene tebalkan muka minta sumbangan nanti.
    itu jam sibuk nak balik malaysiaaaaaa nk balik malaysiaaaaaa
    tak gitu?

  4. Anonymous

    December 14, 2021 at 1:50 pm

    dia berbuku di hati sebenarnya tu
    kalau xheran dgn harta dunia, dh lama dia byr hutang2 org
    x byk pun, 200k
    dia nk menyorok di THailand, kemudian di Aussie, lg bsr kos drpd tu
    nk ulang2 buat suntikan punggung tu.. pun bukan kos yg kecil
    tp sbb nk jimat, xnk byr hutang, maka cair lah aset2 beliau
    lps tu nk claim x kisah dgn hrta
    hahaha

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...