Sebelum ini, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu sering dikaitkan dengan pelakon wanita iaitu Zara Zya selepas mereka berdua dilihat sering berkongsi gambar bersama dengan kapsyen mengundang.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mempersoalkan mengenai status hubungan mereka, namun ada juga netizen yang seakan tidak mudah terpedaya apabila mendakwa tindakan mereka itu hanya gimik marketing.
Susulan itu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata dia tidak berniat untuk mencipta ‘gimik murahan’ apabila memuat naik gambar bersama Shuib semata-mata untuk mempromosikan perniagaan.
Saya upload gambar sendiri bersiap cantik-cantik tapi hanya dapat beberapa sahaja like sedangkan ada berjuta pengikut di Instagram.
Berbeza pula kalau upload gambar atau video yang mempunyai cerita. Pengikut akan menonton dan memberi komen kerana kalau tak ada ‘content’ mereka tak akan tengok.
Menurut laporan Mstar, Zara menjelaskan bahawa apa yang dilakukan itu hanyalah semata-matauntuk memenuhi permintaan peminat.
Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Shuib, pelakon Risik Pada Hati itu menyifatkan pelawak itu sebagai seorang jejaka budiman dan sering memberi sokongan kepada rakan artis lain.
Dia seorang yang baik dan kami juga pernah sekali bekerjasama sebelum ini tapi itu sudah lama.
Dalam pada itu, Zara memaklumkan dia tidak kisah pabila ramai yang ingin mengambil tahu tentang identiti lelaki yang akan menjadi pasangan hidupnya.
Saya tak kisah pun sebab benda ini ikut musim. Kalau saya bersama pelakon A, mereka akan kata saya ada hubungannya dengannya.
Malah, dia tidak berasa terbeban atau tertekan untuk mendirikan rumah tangga kerana berpegang kepada jodoh ketentuan Tuhan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.