“Marketing Hebat!” – Tular Foto Mesra Zara Zya Dan Shuib, Tapi Netizen Dah Naik Muak?

Hiburan

“Marketing Hebat!” – Tular Foto Mesra Zara Zya Dan Shuib, Tapi Netizen Dah Naik Muak?

Rasanya sejak kebelakangan ini kita dapat lihat serta dengar, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu sering dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita.

Sebelum ini, ada yang mengatakan pelakon Wan Sharmila merupakan selebriti wanita yang paling rapat dengan Shuib setelah melihat keakraban pelakon berkenaan dengan anak-anaknya di media sosial.

Advertisement

Bagaimanapun, pelakon wanita lain iaitu Zara Zya turut tidak terkecuali dikaitkan dengan pelawak berkenaan kerana kerap berkongsikan gambar bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Baru-baru ini, satu perkongsiaan di Instagram kedua-dua selebriti berkenaan telah membuat netizen tertanya-tanya tentang hubungan mereka.

Biarpun ramai yang mengharapkan hubungan mereka berakhir dengan kebahagian, ada juga yang tidak mudah ‘terpedaya’ dan merasakan segala yang ditunjuk di dalam media sosial itu hanyalah sekadar marketing.

shuib dan zara zya marketing

shuib dan zara zya marketing

Buat masa ini, kedua-dua pihak masih belum mengesahkan apa-apa mengenai hubungan mereka, sama ada benar-benar bercinta ataupun hanya sekadar kenalan rapat.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Secara Jujurnya Ada.." - Wanita Pilihan Ibu, Shuib Akui Sedang Mengenali Seseorang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...