“Secara Jujurnya Ada..” – Wanita Pilihan Ibu, Shuib Akui Sedang Mengenali Seseorang

Hiburan

“Secara Jujurnya Ada..” – Wanita Pilihan Ibu, Shuib Akui Sedang Mengenali Seseorang

Seperti yang kita tahu, pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu sering dikenankan oleh beberapa selebriti wanita oleh para peminat.

Selepas genap setahun bergelar bapa tunggal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad akhirnya mengakui bahawa dirinya kini sedang mengenali hati budi seseorang.

Advertisement

Bagaimanapun, menurut Shuib dia masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai soal jodoh dan perkahwinan memandangkan mereka berdua masih dalam proses perkenalan.

Secara jujurnya saya ada mengenali hati seseorang, InsyaAllah.

Saya takut betul nak cakap tentang ini sebab soal jodoh, ajal dan pertemuan ini tangan Tuhan.

Jelasnya lagi, dia sendiri akan memaklumkan jika memutuskan untuk berjodohan dengan wanita itu.

Kalau ada (jodoh) saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja.

@ecahwady

Pengakuan Shuib ?????? #fyp #fyp? #artismalaysia?? #melodi #shuib

? original sound – ecahwady – ecahwady

Menerusi video dari program Melodi itu, Shuib turut ditanya samaada wanita itu merupakan seorang selebriti di dalam industi memandangkan dia sering dikaitan dengan rakan artis seperti Zara Zya dan Wan Sharmila.

Dia orang biasa-biasa sahaja, bukan orang dalam industri, dia pilihan ibu saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

“Sebenarnya..” - Tular Foto Bersama Wan Sharmila Dengan Kapsyen ‘Mengundang’, Ini Penjelasan Ibu Shuib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    August 16, 2022 at 2:17 pm

    Asal keluar cerita Shuib je mesti cerita pasal dia nak kahwin. Dah takde kerja lain ke selain nak carik bini?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...