‘Update’ Terbaru, Aplikasi MySejahtera Kini Minta Gambar Keputusan Ujian Kendiri COVID19

Berita

‘Update’ Terbaru, Aplikasi MySejahtera Kini Minta Gambar Keputusan Ujian Kendiri COVID19

Sebelum ini, pengguna aplikasi MySejahtera hanya perlu mengisi borang digital ketika melaporkan hasil ujian kendiri Covid-19 dan memaklumkan sama ada mereka diuji positif, negatif atau jika ujian mereka tidak sah.

Namun, baru-baru ini MySejahtera telah membuat satu ‘update’ baru dimana pengguna perlu memuat naik gambar keputusan ujian Covid-19 semasa mengemaskini status kesihatan mereka.

Advertisement

Malah, pengguna juga perlu menyatakan di mana serta bila ujian itu dilakukan.

mysejahtera

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata seseorang itu digalakkan untuk membuat ujian kendiri sebelum menghadiri himpunan atau acara awam, atau sama ada ketika mereka mengalami simptom Covid-19.

Berdasarkan protokol terbaharu yang disiarkan pada 17 Feb lalu, kontak rapat dikehendaki menjalani kuarantin lima hari, jika mereka sudah menerima dos penggalak dan melakukan ujian kendiri selepas tamat tempoh kuarantin.

mysejahtera

Menurut laporan FMT, mereka yang divaksin sepenuhnya tetapi belum menerima dos penggalak perlu menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari, manakala yang belum divaksin sepenuhnya perlu dikuarantin 10 hari.

sesak di laluan RFID
2 years ago

"Konon Mudah & Cepat, Melambatkan Je!" - 'Stuck' Depan Tol, Netizen Pertikai Keberkesanan Laluan RFID

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...