“Konon Mudah & Cepat, Melambatkan Je!” – ‘Stuck’ Depan Tol, Netizen Pertikai Keberkesanan Laluan RFID

Berita

“Konon Mudah & Cepat, Melambatkan Je!” – ‘Stuck’ Depan Tol, Netizen Pertikai Keberkesanan Laluan RFID

Sudah genap satu bulan yang lalu dimana pengguna meluahkan rasa tidak puas hati apabila perlu menggunakan RFID untuk melalui laluan tol kerana ia menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa.

Advertisement

Semalam, tular di Twitter, memaparkan sebuah gambar yang diambil oleh seorang pengguna semasa menggunakan tol lebuh raya Jalan Duta dan kelihatan pengguna lebuh raya terbabit sedang beratur panjang di laluan RFID yang sebelum ini didakwa akan mempercepatkan perjalanan.

Ciapan pengguna tersebut telah mendapat perhatian ramai yang turut berkongsikan pengalaman mereka tentang keberkesanan RFID.

Ada yang mengatakan tiada masalah menggunakannya dan ada juga yang mengalami masalah sehingga ke hari ini apabila menggunakan lalaun RFID.

komen twitter

Dalam pada masa yang sama, ada juga warganet yang mempertikaikan kenapa tidak guna saja laluan Touch ‘n Go ataupun SmartTag yang kelihatan kosong di dalam gambar terbabit.

Namun, oleh kerana ada sesetengah laluan tol menggunakan closed system toll, jadinya jika sesiapa yang pada mulanya gunakan laluan RFID, maka jika mahu keluar perlu gunakan laluan yang sama.

Ismail Sabri RFID
2 years ago

Isu RFID, Ismail Sabri Mahu Pengguna Diberi Kebebasan Memilih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...