“Untung Wife Cantik..” – Usop Kongsi Video Sesi Fotografi Pre-Wedding Bertemakan English

Hiburan

“Untung Wife Cantik..” – Usop Kongsi Video Sesi Fotografi Pre-Wedding Bertemakan English

Penyanyi Usop yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama sahaja lagi ada berkongsikan beberapa video sesi fotografi pra-perkahwinannya bersama tunang tercinta, Nur Fatihah Md Hashim.

Perkara tersebut dikongsikan Usop menerusi laman TikTok di mana dia dan tunang merakamkan momen indah tersebut di sekitar bandar Pulau Pinang untuk tatapan peminat.

Advertisement

Memilih tema English sebagai pelengkap gaya, pasangan romantik itu mengenakan suit dan gaun berona merah cili sebagai konsep foto dan video pra-perkahwinan.

Usop turut berseloroh apabila dia meluahkan hasrat untuk mengambil bakal isterinya itu sebagai model muzik video lagu terbarunya yang berjudul Sejarah Cintaku nanti.

Advertisement

Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji kecantikan Fatihah yang saling tak tumpah seperti wanita barat apabila mengenakan gaun merah kembang itu.

Sekadar info, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor,25, bakal disatukan dalam majlis perkahwinan pada Februari ini.

Penyanyi lagu Aku Yang Bersalah itu telah mengikat tali pertunangan bersama Fatihah yang merupakan seorang kakitangan sebuah syarikat pentadbiran dan perniagaan pada November tahun lalu.

Usop
5 bulan lalu

"Tak Sabar La Tu.." - Netizen Terhibur Tengok Usop 'Practice' Akad Nikah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    January 25, 2022 at 1:23 pm

    akan jadi isteri blom lg jd soooo… pegang2 mmg d galakkan ey.. syabas

  2. Anonymous

    January 25, 2022 at 1:22 pm

    sibok nk nayang.. bile org kecam kang tekunjat pulak.. org2 islam skang ni pre wedding la ape la sume nk pre pre pre… mogah bona.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...