Untuk Tujuan Kebajikan, Cincin Perkahwinan Pertama Nourul Depp Terjual Pada Harga RM750

Hiburan

Untuk Tujuan Kebajikan, Cincin Perkahwinan Pertama Nourul Depp Terjual Pada Harga RM750

Memilih untuk menjual cincin daripada perkahwinan pertamanya, tindakan Nourul Depp itu sepertinya menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen.

Nourul Depp
3 years ago

Lelong Cincin Nikah, Nourul Depp Hulur Bantuan Dengan Cara Tersendiri

Advertisement

Pun begitu, penyanyi itu menjelaskan bahawa cincin tersebut dijual bagi tujuan kebajikan.

“Cincin perkahwinan yang masih bahagia mestilah tetap saya pakai dan takkanlah nak buat begitu (jual). Cincin yang saya lelong ini, adalah cincin perkahwinan yang dah hancur lebur. Kadang-kadang mereka suka baca tak habis, kemudian buat andaian sendiri.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Malah Nourul turut menyatakan bahawa dia kurang gemar memakai barang kemas selain emas putih dan perak. Satu-satunya cincin emas yang disimpan kini ialah pemberian daripada ibu saudaranya.

Tambahnya lagi, anak perempuan sulung, Ayu Nazirah juga menolak daripada menyimpannya lantas dia membuat keputusan untuk menjual sahaja cincin itu.

“Saya ada tawarkan kepada anak perempuan, Ayu Nazirah tapi dia pun tak nak. Bagi saya, daripada simpan begitu saja dan perlu bayar zakat, jadi lebih baik saya jual kemudian sedekahkan duit itu kepada badan kebajikan.”

nourul depp

Selepas beberapa hari membuat lelongan itu, cincin itu akhir dijual kepada pembida tertinggi dengan harga RM750.

“Alhamdulillah cincin terbabit sudah terjual pagi tadi oleh salah seorang pengikut saya yang berminat. Kesemua hasil keuntungan akan disalurkan kepada badan kebajikan We Care by Puan Rozina Zakaria.”

Apa salahnya, dapat juga bantu sesiapa yang memerlukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...