“Untuk Melindungi Individu Tertentu” – Kakak Pelajar Bercinta Dengan Guru Anak Lima Perjelas Tindakan Padam Hantaran Asal Setelah Tular

Kehidupan

“Untuk Melindungi Individu Tertentu” – Kakak Pelajar Bercinta Dengan Guru Anak Lima Perjelas Tindakan Padam Hantaran Asal Setelah Tular

Tular sebelum ini mengenai kes seorang guru wanita berstatus isteri orang telah menjalinkan hubungan dengan anak muridnya yang berusia 17 tahun.

Pada awalnya, hantaran pendedahan itu telah dipadam oleh individu yang memuat naik, di mana individu itu juga merupakan kakak kepada pelajar berkenaan setelah ianya viral di media sosial.

Advertisement

Berikutan itu, ramai netizen tertanya-tanya apakah sebab si kakak itu memadam hantaran asal tersebut yang pada awalnya didakwa berniat ingin memberikan pendedahan dan ‘awareness’.

cs
1 month ago

"Cikgu S*ndal" - Kakak Dedah Wanita Bergelar Isteri Anak Lima 'Kantoi' Jalin Hubungan Dengan Anak Murid Usia 17 Tahun

Maklum si kakak, peguam keluarganya telah menasihatkan mereka untuk menurunkan hantaran tersebut bagi melindungi individu tertentu.

Peguam keluarga kami menasihatkan kami untuk menurunkan hantaran itu untuk melindungi individu tertentu.

Kami juga telah menerima maklum balas daripada beberapa badan yang dihormati dan akan membawa perkara ini ke peringkat tertinggi.

Dia juga menzahirkan rasa sokongan dan perhatian yang diterimanya daripada netizen berkenaan isu tersebut.

padam hantaranSumber : X  

Terdahulu, kakak pelajar lelaki tersebut bertindak menularkan kelakuan guru wanita tersebut yang didakwa masih bergelar isteri orang dan juga ibu kepada beberapa orang anak.

Malah, menurutnya, guru berkenaan tetap meneruskan hubungan dengan adiknya meskipun mereka sudah membuat laporan polis dan ditukar sekolah.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...