“Untuk Kebaikan Anak, Saya Mengalah..” – Isu Hak Penjagaan Anak Diselesaikan Dengan Baik, Fizo Omar Tolak Ego Ke Tepi

Hiburan

“Untuk Kebaikan Anak, Saya Mengalah..” – Isu Hak Penjagaan Anak Diselesaikan Dengan Baik, Fizo Omar Tolak Ego Ke Tepi

Aktor dan pengacara Fizo Omar mendedahkan isu berkenaan kes hak penjagaan anak tunggalnya telah diselesaikan dengan cara baik tanpa sebarang pergaduhan antaranya dan bekas isteri, Mawar Karim.

Ikutkan hati ingin saman

Kata Fizo, jika diikutkan perasaan dan ego, ada saja niat untuk bergaduh dengan Mawar. Namun disebabkan mahkamah telah meletakkan keputusan yang terbaik dan adil untuk kedua belah pihak, pelakon ini bertindak mengikutinya sahaja tanpa berbalah.

Advertisement

Kalau ikut bermasam muka, nak bergaduh itu ada sahaja. Tapi sebab dua-dua dah faham, mahkamah dah putuskan giliran saya hari apa semua dah ada.

 

Tapi bila kita lalui benda ini, sekejap sahaja. Bersabar dan bersabar akhirnya benda ini dah boleh toleransi. Kuncinya bersabar. Kalau ikut darah muda, nak saman sahaja.

 

Ia ambil masa tujuh hingga lapan tahun nak selesai berebut anak. Tahu-tahu anak dah besar. Dari bayar duit RM20,000 pada peguam baik simpan dalam bank.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Tak pernah tuntut hak penjagaan

Tambahan pula, pelakon berumur 38 tahun ini memberitahu dia tidak pernah menuntut hak penjagaan puterinya, Maryam kerana faham keadaan anak perempuan yang lebih memerlukan seorang ibu ketika membesar.

Saya sebenarnya tak pernah tuntut hak penjagaan Maryam sebab pada saya anak perempuan perlukan mak lagi. Maryam sangat rapat dengan saya, tapi lain kalau bapa jaga berbanding emak.

 

Untuk kebaikan anak, tak apalah saya mengalah jumpa sebulan dua kali sahaja. Tapi daripada situ saya belajar sesuatu. Saya belajar nilai untuk menghargai masa dengan anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

safee sali fitria
1 month ago

Safee Sali Bersuara, Dedah Sikap Fitria Ketika Proses Sulh - "Dia Nak Hak Penjagaan Tapi Taknak Bagi Saya Melawat Anak-Anak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...