Safee Sali Bersuara, Dedah Sikap Fitria Ketika Proses Sulh – “Dia Nak Hak Penjagaan Tapi Taknak Bagi Saya Melawat Anak-Anak”

Hiburan

Safee Sali Bersuara, Dedah Sikap Fitria Ketika Proses Sulh – “Dia Nak Hak Penjagaan Tapi Taknak Bagi Saya Melawat Anak-Anak”

Safee Sali, 40, akhirnya bersuara selepas rakaman pertengkarannya bersama bekas isteri, Fitria Elfina tular di media sosial baru-baru ini.

Dakwanya, wanita berusia 44 tahun tersebut bertindak melulu dan menceroboh ke kawasan kondominium didiami Safee di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Advertisement

Situasi sebetulnya adalah dia menceroboh kawasan premis kediaman saya dan isteri. Dia menggunakan kad akses yang hilang sebelum ini.

safee

 

Ada bukti CCTV

Tambah Safee, dia mengesyaki Fitria mencuri kad akses berkenaan ketika keretanya dipecah masuk sebelum ini malah katanya dia mempunyai bukti rakaman CCTV.

Laporan polis mengenai insiden pencerobohan ini sudah saya buat pada hari yang sama. Saya ada rakaman CCTV menunjukkan Fitria menggunakan kad akses tersebut untuk memasuki kondominium saya.

 

Dedah sikap Fitria ketika prosiding

Ketika ditanya soal dua anak mereka, Safee akui terbuka untuk kes tuntutan hadanah yang dibuat oleh Fitria berhubung hak penjagaan kanak-kanak berusia tujuh dan 9 tahun itu.

Namun, kata Safee dia kecewa kerana proses sulh pada 18 Mac lepas gagal mencapai kata sepakat dan turut mendedahkan bahawa Fitria bersikap berat sebelah.

Saya bentangkan cadangan saya untuk menjaga anak dan aturan berkaitan hak lawatan tapi dia tidak bersetuju. Kemudian dia pula minta hak penjagaan anak-anak tapi tidak mahu berikan hak lawatan kepada saya sebagai bapa. Tak boleh la macam tu, ia tidak adil kepada pihak saya.

fitria

Disebabkan tiada penyelesaian, prosiding tidak berjaya dan kes bakal diteruskan di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam pada 3 April akan datang.

Tegas Safee, dia tidak akan membenarkan Fitria berjumpa dua anak-anak mereka selagi prosiding tuntutan itu selesai dan memohon wanita warga Indonesia tersebut untuk tunggu.

 

Bagi Fitria jumpa anak waktu raya

Dalam pada itu, Safee berkata dia bersedia untuk memberi kelonggaran agar Fitria dapat berjumpa dengan dua anak perempuan mereka pada Aidilfitri tidak lama lagi.

Boleh je nak jumpa, tiada masalah. Kita adakan semula prosiding sulh, berbincang secara baik. Mesti ada solusi yang boleh dipersetujui. Tak perlu pun nak canang yang saya ni sekat dia daripada jumpa anak-anak.

safee sali

Safee turut berkata dia memilih untuk berdiam diri memandangkan sekarang bulan Ramadan dan menasihati agar menjaga pertuturan.

rita rudaini
4 weeks ago

"You Dah Sondol, Sekarang You Disondol" - Rita Rudaini Tegur Fitria Pasal Kifarah, Dulu Tak Peduli Perasaan 'Ex Wife' Pertama Safee Sali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...