“Untuk Kau, Besar Hati Aku Mir..” – Beto Kusyairy Bangga Dengan Kemenangan Amir Jahari, Senang Hati Dapat Turut Serta

Hiburan

“Untuk Kau, Besar Hati Aku Mir..” – Beto Kusyairy Bangga Dengan Kemenangan Amir Jahari, Senang Hati Dapat Turut Serta

Aktor terkenal, Beto Kusyairy dengan berbesar hati memenuhi permintaan penyanyi Amir Jahari yang meminta dirinya membuat kemunculan istimewa ketika persembahan lagu Hasrat semasa Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38, malam tadi.

Menyokong persembahan Amir

Menurut Beto, dirinya dengan besar hati akan menyokong persembahan penyanyi itu memandangkan Amir sendiri membawa lagu filem Imaginur. Bukan itu sahaja, persembahan lagu Hasrat ini juga merupakan tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang lagi membuatkan aktor ini senang hati dapat berkerjasama.

Advertisement

Hasrat masuk final? Untuk kau, besar hati aku Mir (Amir Jahari).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Beto ucap tahniah

Pada masa yang sama, susulan kemenangan Amir sebagai juara AJL38, pelakon ini mengucapkan tahniah sekaligus menyatakan rasa kagum terhadap penyanyi lagu Hasrat ini atas perjalanan kehidupan yang dilaluinya.

Kata Beto, sesuatu yang terjadi dalam kehidupan seseorang pasti berlaku kerana hikmah dan percaya Amir seseorang insan yang kuat kerana mampu menempuhinya.

Subhanallah, Aku tidak tahu secara terperinci apa yang dia tempuh sebelum dan sepanjang bergelar seniman. Tetapi aku tahu perjalanan yang dia lalu, tidak semua mampu lalu dan pikul.

 

Syabas dan tahniah Mir. Kau dan keluarga adalah termasuk dalam orang-orang yang baik.

 

Terima kasih kerana tidak putus semangat. Aku percaya kau akan tetap seperti sekarang. Tunduk dan merendah walau sedang dalam kemasyhuran. Syukur Alhamdulillah. Hasrat juara di hati semua!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amir Jahari (@amirjaharimuzik)

Terdahulu, peminat telah digemparkan dengan berita gembira dimana Amir telah berjaya dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100K dan trofi.

aina
2 months ago

"Siapa Pun Menang, Saya Tumpang Gembira.." - Aina Abdul Tak Sedih Berada Di Tempat Ketiga, Sudah Jangka Amir Jahari Menang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...