“Siapa Pun Menang, Saya Tumpang Gembira..” – Aina Abdul Tak Sedih Berada Di Tempat Ketiga, Sudah Jangka Amir Jahari Menang

Hiburan

“Siapa Pun Menang, Saya Tumpang Gembira..” – Aina Abdul Tak Sedih Berada Di Tempat Ketiga, Sudah Jangka Amir Jahari Menang

Penyanyi popular, Aina Abdul berkongsi rasa syukur dengan kemenangan di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) walaupun berada di tempat ketiga. Menurutnya, dia akan turut bergembira untuk sesiapa saja peserta yang bergelar juara pada malam tersebut.

Semua ada kelebihan masing-masing

Kata pelantun lagu Jangan Mati Rasa ini, Aina tetap bersyukur dengan kemenangan yang dia raih. Menurutnya, tak patut dia berasa sedih atau kecewa kerana tidak mendapatkan tempat pertama disebabkan itu bermaksud, penyanyi ini tidak beryukur dengan apa yang diberikan.

Advertisement

Aina menjelaskan, kesemua peserta yang terlibat di pentas AJL38 itu, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan semuanya mempersembahkan sesuatu yang berbeza.

Tahun ini, kita dapat melihat penyertaan dari pelbagai genre muzik. Jadi, kalau saya cakap saya sedih kerana dapat tempat ketiga, maksudnya saya tak bersyukur dan itu sudah berlawanan dengan tujuan utama, kenapa saya menulis lagu.

 

Semua lagu ada kelebihan masing-masing dan tak sepatutnya dipertandingkan. Air lagu semuanya berbeza. Siapa pun yang menang, saya akan tumpang gembira.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Tahu Hasrat akan menang

Bukan itu sahaja, penyanyi ini juga mendedahkan dirinya sudah tahu lagu Hasrat yang dibawakan oleh Amir Jahari bakal memenangi tempat juara. Aina yang dikenali dengan lagu-lagu bernada tinggi ini mengakui dia sendiri merupakan peminat lagu tersebut.

Saya adalah peminat lagu Hasrat. Bila orang tanya, lagu apa yang akan menjuarai AJL38, saya akan jawab Hasrat.

 

Walaupun saya penyanyi  lagu-lagu bernada tinggi, tapi jiwa saya sebenarnya seperti lagu-lagu Amir. Cara saya menulis lagu pun bermula dengan gitar sebab saya suka lagu sebegini.

Untuk info, Aina Abdul telah berjaya menduduki tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30K serta trofi. Penyanyi ini juga telah memenangi kategori Vokal Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah RM12K serta trofi dan juga kategori Pilihan Alha Alfa dan membawa pulang RM12K dan trofi.

amir jahari
2 months ago

#AJL38 : "Persembahan Yang Dinanti-Nantikan.." - 'Hasrat' Nyanyian Amir Jahari Buat Penonton Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...