Pelakon Nabila Huda kini sedang menikmati percutiannya di Maldives selepas selesai pengembaraannya bersama anak dan suami di Indonesia bulan lalu.
Sejak hari pertama percutiannya, anak Amy Search yang mesra dengan panggilan Abil ini sering berkongsi gambar dan video menunjukkan memorinya ketika percutian.
Baru-baru ini, Abil telah melalui pengalaman diving pada waktu malam dan ramai memuji keberanian pelakon itu serta ada yang berasa cemburu melihatnya menikmati holiday.
Seperti yang ramai ketahui, Abil memang berani menunjukkan cara berpakaiannya termasuklah memakai bikini jika melakukan aktiviti di laut.
Terbaru, ramai netizen di Instagram berasa kagum dengannya kerana memiliki kulit tanned yang sangat cantik selepas Abil memuat naik gambarnya memakai baju renang di atas kapal.
Bagaimanapun, segelintir warganet di Facebook sebaliknya mengkritik cara pemakaian Abil kerana dikatakan begitu berani menayangkan auratnya.
Seorang individu turut mengungkit bahawa Abil pernah menunaikan umrah sebelum ini namun ada segelintir netizen yang mendoakan agar Pelakon Pembantu Wanita Anugerah Seri Angkasa 2022 itu diberikan hidayah satu hari nanti.
Umur dah nak 40 berubahlah.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.