“Siap Cakap Jahan*m Lagi” – Teruk Dikecam Sebab Kritik Masakan & Resipi Orang Lain, Ini Respon Nabila Huda

Hiburan

“Siap Cakap Jahan*m Lagi” – Teruk Dikecam Sebab Kritik Masakan & Resipi Orang Lain, Ini Respon Nabila Huda

Pelakon Nabila Huda memang suka berkongsi video masakannya di Instagram namun baru-baru ini dia dikecam warganet gara-gara video dimuat naik olehnya di instastory.

Menerusi hantaran dikongsikan seorang individu bernama Alia di Twitter, pelakon yang mesra dipanggil Abil itu telah mengkritik satu video masakan dari TikTok.

Advertisement

Video tersebut menunjukkan pengguna terbabit berkongsi resipi membut nasi goreng namun Abil dan suaminya telah mentertawakan dan mempersoal bahan yang digunakan.

Buat nasi goreng pun kena bahan dengan Nabila Huda eh. Kesian owner video. Siap cakap jahanam lagi. Macam lah dia tu terpaling chef.”

Tindakan Abil dan suaminya itu mendapat kecaman warganet di Twitter kerana menurut mereka ia tidak patut  apatah lagi nasi goreng adalah satu makanan yang tiada resipi khas.

Malah, menerusi story Abil itu juga suaminya boleh didengari menyebut ‘jahanam’ selepas melihat resipi tersebut menggunakan serbuk dipercayai serbuk kari atau kunyit.

Bagaimanapun, menerusi akaun TikTok Nabila Huda ada memuat naik penjelasannya selepas teruk dikecam warganet tentang hal itu.

Kata Abil, dia tidak berniat untuk mengutuk masakan individu tersebut sebaliknya dia mentertawakan tindakannya meletakkan tajuk video itu ‘nasi goreng viral nabila huda’.

Macam mana awak boleh menggunakan nama saya dalam resepi yang bukan cara saya. Kalau ikutkan, saya yang sepatutnya kecik hati.”

Difahamkan, TikTok telah mengambil tindakan untuk removed video terbabit namun atas alasan ‘abusive behavior’ namun tidak dapat dipastikan jika Abil sendiri ada membuat laporan terhadap posting itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Bila Orang Lain, Berapi Dia Hentam" - Netizen Kritik Tindakan PU Syed Sindir Pasal Aurat Isteri Caprice

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...