“Bila Orang Lain, Berapi Dia Hentam” – Netizen Kritik Tindakan PU Syed Sindir Pasal Aurat Isteri Caprice

Hiburan

“Bila Orang Lain, Berapi Dia Hentam” – Netizen Kritik Tindakan PU Syed Sindir Pasal Aurat Isteri Caprice

Kes amang seksual berkaitan seorang pendakwah selebriti kini memang sedang hangat diperkatakan.

Hal itu turut memberi tempias kepada pendakwah lain seperti PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang dianggap berdiam diri berkenaan isu berikut.

Advertisement

Salam, kenapa takde video berkenaan PU Azman? Kalau bab lain pandai bersuara, kena dekat kawan seangkatan senyap,” – Netizen

Susulan persoalan itu, PU Syed tampil memberi kenyataan bahawa ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengannya mendesak untuk memberi ulasan tentang pendakwah terkenal itu.

Dalam pada itu, PU Syed turut memetik nama penyanyi dan ‘influencer‘, Caprice yang dianggap ‘menyibuk’ dengan membuat siasatan sendiri kerana memuat naik ‘screen record‘ daripada mangsa yang mengadu kepadanya.

Bukan itu sahaja, PU Syed juga menyuruh Caprice memfokuskan tentang aurat isterinya sebelum melibatkan diri dalam urusan pihak berkuasa.

Untuk selingan, buat Caprice urus aurat isteri dahulu…Baru layak jadi Tiger of Al Quds!”

Coretan PU Syed itu walau bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada warganet kerana dianggap melibatkan kehidupan peribadi Caprice yang tiada kena mengena dengan isu yang diperkatakan.

Sekadar info, seorang pendakwah selebriti terkenal sebelum ini didakwa dengan lima pertuduhan kes amang seksual yang melibatkan dua orang remaja berusia 16 hingga 17 tahun.

2 years ago

PU Azman Didakwa Lima Pertuduhan Amang Seksual Kepada 2 Remaja Lelaki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...