Baru-baru ini tular apabila seorang pelakon remaja yang masih dibawah umur bernama Qistina Raisah melakonkan babak yang tidak sesuai untuk dilakonkan aktres seumurannya di dalam drama bersiri Surat Dari Tuhan. Netizen mempersoal lakonan Qistina yang agak keterlaluan dan tak sopan.
Seorang individu memuat naik hantaran tersebut di laman Twitter yang melihatkan Qistina sedang berdua-duaan dengan lelaki di dalam rumah dan akhirnya lelaki tersebut meracunnya untuk ditidurkan. Aktor lelaki yang melakonkan watak sebagai teman lelakinya pun nampak lebih tua berbeza dengan Qistina yang baru berusia 15 tahun.
Macam pelik ye budak umur 15 tahun bawa watak macam ini.
Dah nak 30 tahun bawak watak budak sekolah, umur budak sekolah bawa watak dewasa. Lepastu tanya kenapa tak tengok cerita Melayu.
Nampak macam kena paksa matang.
Macam pelik ye budak umur 15 tahun bawa watak macam ni. mostly drama melayu memang kering idea eh? pic.twitter.com/Dy88NCZNMW
— AL (@ciraplaici) November 27, 2023
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen hantaran itu pula, rata-rata netizen merasai perkara yang sama. Mereka kurang selesa apabila melihatan kanak yang di bawah umur ini diberikan babak begitu. Perkara ini sekaligus membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap penulis skrip dan pengarah drama berkenaan.
Sebelum ini, tular juga cerita yang sama apabila watak yang dilakonkan oleh Janna Nick terlihat memaki hamun mak mertuanya dalam cerita tersebut di Tanah Suci Mekah. Babak tersebut digesa oleh orang ramai untuk tidak ditayangkan kerana menunjukkan rasa tidak hormat kepada tempat tersebut.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.