December 14th, 2016

Pelakon Ummi Nazeera kini sudah sah bergelar tunangan orang. Ummi bertunang dengan seorang doktor yang hanya ingin dikenali sebagai Mr I pada hari Ahad lepas.

Ingin berkongsi detik-detik indah semasa majlis pertunangannya bersama peminat, Ummi menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik video sewaktu majlis tersebut berlangsung.

Kita boleh lihat betapa bahagianya wajah Ummi didalam video berkenaan apatah lagi dengan senyumannya yang manis itu.

Mereka yang menonton video Ummi tidak putus mengucapkan tahniah kepada beliau dan mendoakan agar Ummi dan Mr I segera berkahwin.

InshaAllah, segalanya akan dipermudahkan buat Ummi Nazeera dan Mr I untuk melangkah ke alam perkahwinan.


Comments are closed.

Loading...