Seperti yang kita ketahui, usahawan kontroversi Nur Sajat kini berada di Australia dan kini tetap aktif memuat naik perkembangannya menjalani hidup di sana.
Menerusi Instagram, Sajat atau Muhammad Sajjad telah meluahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya itu yang terpaksa ditinggalkan apabila dia melarikan diri ke negara tersebut.
Menurut Murai, Sajat berkata meskipun berjauhan dia tidak pernah lupa untuk membuat panggilan video setiap hari untuk bertanya khabar anak-anaknya.
Ummi simpan rindu ini nak peluk cium anak-anak ummi. Ummi jauh, hanya video call dapat mengubati kerinduan.”
Katanya lagi, dia akan bangkit semula demi anak-anaknya yang berada di Malaysia serta menyifatkan mereka adalah hartanya yang paling berharga.
Harta ibu paling berharga di dunia ini adalah Syaza dan Syahmi.”
Baca: “Mati Nanti Akan Tinggal Juga Semua Harta Juga” – Sajat Tak Kisah Aset Kena Lelong