Umat Islam Tidak Boleh Sertai Program Larian Anjuran Institusi Yang Berasaskan Riba

Kehidupan

Umat Islam Tidak Boleh Sertai Program Larian Anjuran Institusi Yang Berasaskan Riba

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsikan mengenai hukum seseorang yang beragama Islam menyertai program larian ataupun maraton yang dianjurkan oleh institusi berasaskan riba.

Zulkifli berkongsikan mengenai perkara itu setelah timbul persoalan daripada beberapa individu yang ingin mengetahui hukum sebenar seseorang muslim menyertai aktiviti seperti itu.

Advertisement
maratonSumber : Maktabah Albakri  

Menerusi tulisannya di laman web Maktabah al-Bakri, tidak boleh seseorang muslim itu menyertai acara maraton yang dianjurkan oleh institusi berasaskan riba kerana ia merupakan wasilah kepada perkara yang jelas pengharamannya iaitu riba.

Sekiranya individu itu mengetahui pihak yang menaja acara maraton itu menjalankan jual beli diharamkan oleh syarak, tetapi masih degil dan enggan menjauhkan diri daripada mempromosikan syarikat tersebut, maka dia melakukan perkara haram dan berdosa.

Akan tetapi, sekiranya dia tidak cakna tentang senarai penaja bagi acara maraton tersebut, atau tidak tahu bahawa syarikat tersebut menjalankan jual beli berunsurkan riba, maka kami berharap mereka ini diberikan keampunan oleh Allah SWT atas kesilapan apa yang mereka telah lakukan tanpa pengetahuan.

Namun begitu, beliau tetap menasihati para pendakwah agar tidak terlalu radikal dan memukul rata kesemua peserta yang menyertai acara maraton sebagai pendosa.

Kami mengesyorkan agar pihak yang terbabit dalam penganjuran, perlulah cakna dan prihatin akan sensitiviti umat Islam jika ingin menganjurkan sebarang program. Sebagai contoh, pastikan penganjuran tersebut selamat daripada unsur yang membawa kepada tipu daya, riba dan lain-lain.

Info lanjut : KLIK DI SINI

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

laksa
1 year ago

(VIDEO) "Dua Kali Rebus Tetap Ada" - Masak Laksa Ada Rambut Bergumpal-Gumpal, Usahawan Kesal Ada Yang Hasad Dengki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...