(VIDEO) “Dua Kali Rebus Tetap Ada” – Masak Laksa Ada Rambut Bergumpal-Gumpal, Usahawan Kesal Ada Yang Hasad Dengki

Kehidupan

(VIDEO) “Dua Kali Rebus Tetap Ada” – Masak Laksa Ada Rambut Bergumpal-Gumpal, Usahawan Kesal Ada Yang Hasad Dengki

Seorang usahawan dan isterinya yang dikenali sebagai Syed Fatin Jaeden Haifa tampil meluahkan rasa sedih dan kesal gara-gara perniagaan laksa miliknya telah dicemari dengan benda kotor.

Dakwa usahawan itu, laksa yang dimasak mereka sering dicemari dengan rambut bergumpal-gumpal meskipun dimasak berulang kali.

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan pasangan suami isteri itu di laman TikTok dan mereka juga  mendakwa ia adalah perbuatan sihir hasil daripada perasaan hasad dengki seseorang.

Hari ini cadang niaga laksa sebab ramai rindu nak makan laksa kami. Kami tak kuat dah. Kami tinggalkan mi laksa kejap ja sebab solekkan isteri sambil tunggu laksa masak.

Alih-alih ni jadinya. Dua kali rebus tetap sama, mimpi ke apa ni? Terima kasih kepada yang buat kami macam ni.

Perkongsian tersebut kemudiannya menuai komen dan respon daripada netizen yang turut berkongsikan pengalaman yang sama.

Sama. Kami pun kena, baru masak terus berbuih. Pelik sebab kuah laksa adalah kuah yang susah nak basi, lagi panaskan, lagi sedap.

Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan agar mereka membuat ujian DNA terhadap rambut itu bagi mengetahui pemilik sebenar rambut berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lelaki cod phone hilang kisah sebenar
7 months ago

Lelaki 'Hilang' Empat Hari Ketika COD Barang Di Pulau Pinang Rupa-Rupanya...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...