Pendakwah terkenal Mufti Ismail Menk baru-baru ini memuat naik sekeping foto di Facebook sedang bermain flyboard di Dubai.
Walau bagaimanapun, gambar tersebut menerima kritikan oleh seorang individu yang menyatakan ulama tidak sepatutnya meluangkan masa bermain flyboard.
Ulama sebenar tak ada masa untuk berseronok, mereka prihatin terhadap ummah!”
Mufti Menk membalas komen berkenaan tentang bagaimana seseorang perlu seimbang dalam kehidupan.
Beberapa minit yang diluangkan setiap tahun tidak menentukan ketulenan seseorang.”
Rasulullah SAW juga melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga. Kita mesti seimbang.”
Pada akhir coretannya, Mufti Menk menitipkan kata nasihat supaya prihatin terhadap keluarga sebelum memberi fokus terhadap ummah.
Prihatin terhadap ummah boleh dilakukan sekiranya kita prihatin terhadap keluarga terlebih dahulu. Maa Shaa Allah Tabarakallah. Semoga hari anda indah.”
Sekadar info, Mufti Menk merupakan seorang yang tinggi dalam ilmu agama serta seorang Ketua Jabatan Fatwa Dewan Ulama Islam Zimbabwe.