“Perbuatan Maki & Hina Para Ulama Semakin Berleluasa, Netizen Jangan Terlalu Ikut Emosi” – Mufti Kedah

Berita

“Perbuatan Maki & Hina Para Ulama Semakin Berleluasa, Netizen Jangan Terlalu Ikut Emosi” – Mufti Kedah

Rasanya korang pun mesti perasan makin ramai orang yang berani memaki dan menghina seorang ulama dan apa yang lebih menyedihkan apabila hinaan itu datangnya dari orang Islam sendiri.

Dek kerana jawapan seorang ulama itu tidak sama dengan apa yang diinginkan, mereka sanggup menghina dan mempersoal ulama.

Advertisement

Apa yang berlaku ini turut mendapat perhatian Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang yang tampil memberi peringatan kepada netizen untuk tidak sewenang-wenangnya menghina, memaki hamun dan mengecam ulama atau tokoh agama.

datuk syeikh fadzil awang

Fadzil turut melihat jika masyarakat faham tentang peranan dan ilmu para ulama, pasti mereka tidak akan melakukannya. Kehadiran golongan agama amat penting dalam hidup kita bagi membimbing manusia untuk terus berada di jalan yang benar.

Mungkin akan ada yang kata mereka tidak suka dengan golongan agama yang suka berpolitik tapi kita perlu sedar yang dalam dunia politik juga amat diperlukan golongan ini. Semoga ini menjadi peringatan kepada kita semua.

Ustaz Azhar Idrus haiwan peliharaan
2 years ago

“Boleh Buang Kucing Jiran Yang Suka Berak Merata Kalau….” - Ustaz Azhar Idrus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...