“Boleh Buang Kucing Jiran Yang Suka Berak Merata Kalau….” – Ustaz Azhar Idrus

Kehidupan

“Boleh Buang Kucing Jiran Yang Suka Berak Merata Kalau….” – Ustaz Azhar Idrus

Sikap sambil lewa pemilik haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing yang membiarkan ‘si bulu’ mereka membuang najis merata-rata tempat antara salah satu punca yang mendatangkan permusuhan dalam kalangan jiran tetangga.

Penceramah selebriti terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi sebuah kuliah yang disampaikan menerusi Facebook rasminya memaklumkan bahawa jika ada haiwan peliharaan milik jiran yang selalu membuang najis di kawasan kediaman, kita boleh membuang binatang itu di tempat yang sepatutunya.

Advertisement
Kucing berak merataSumber : Google  

 

Namun begitu, jelas Ustaz Azhar lagi, aduan mengenai perkara itu haruslah dimaklumkan kepada pemilik haiwan tersebut dan mereka sepatutnya tampil membersihkan kotoran serta membayar ganti rugi jika ada.

Bukan salah kucing tapi tuannya, jadi dalam kes begini, orang yang beriman tidak akan susahkan orang lain sama ada dengan mulut atau perbuatan.

Melepaskan haiwan, membusukkan rumah orang lain, ini orang yang tak sejahtera Islamnnya.

Katanya, jika pemilik haiwan tersebut bersikap sambil lewa dan tidak mengendahkan aduan yang diterima mereka, maka hukumnya harus untuk mangsa membuang haiwan peliharaan itu ke tempat lain asalkan ianya masih boleh hidup.

“Kalau tuan kucing buat tak tahu dan rumah kita masih jadi sasaran najis-najis tersebut, hukumnya harus untuk kita buang benda yang mudarat.Kita boleh ambil haiwan itu dan letak di tempat yang jauh tapi dia boleh hidup.” ujar Ustaz Azhar Idrus.

BACA: “Anak Murid Terganggu, Dah Baligh” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Cikgu Wanita Baju Ketat, Tudung Singkat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    January 11, 2022 at 8:18 pm

    Yup kalau situasi mcm ni mmg kita yg menyalakan tuan kucing akan di hentam dan dikatakan tak berperikemanusia dan iman lemah dan tak ada belas ehsan, tpi skrg wahai manusia2 yg akal tak betul, siapa yg salah mengikut hukum islam siapa? Teringat lagi viral berita pasal pakcik yg suruh jgn bagi kucing makan kerana ia akan menyebabkan kucing itu berak di rumah sekitar jiran2 tpi majoriti bnyak yg kecam pakcik tu kesian pakcik tu, bila ditegur alasan kucing tu kesian, buat pahala dan yg dah muak aku dengar alasan dorg kucing haiwan kesayangan nabi , skrg baru kamu tahu wahai manusia2 taik kucing, kamu yg tak ada iman dan islam tak betul sebab menyusahakan jiran dan org lain kerna kucing kamu break di rumah org

    • Anon

      January 11, 2022 at 8:51 pm

      Selagi kucing datang ke rumah, saya akan bagi dia makan. Dia berak, saya kemaskan, xkisahlah kucing siapa pun. Siapa2 yg nak buang silakan. Saya sebagai manusia dh jalankan tanggungjawab bagi makan pada haiwan yang lapar. Yang rajin nak buang silakan buang. Saya takkan marah pun. Sebab bukan kucing saya. Saya cuma bg makan sebab taknak dia lapar.

  2. anonymous

    January 11, 2022 at 7:22 pm

    itu la niat mulia untuk beri makan mahkluk lemah ni di benci oleh jiran sebab lepastu berak rumah jiran,,,masalah nya bukan rumah jiran saja yg mana rumah bertanah halaman memang menjadi sasaran mahkluk lemah tak berakal ini, tapi tak susah sebenarnya beli scoop pakai mask kutip kumpul buang dlm tong sampah lori kutip selesai masalah dapat pahala sebab kita mengasihani mahluk lemah ini ada sebab haiwan lemah ini diciptakan Allah kedunia ini untuk kita manusia berakal melindungi mereka selagi mampu kalau masing2 bersama2 mengasihani haiwan ini lebih mudah bukan ,,renungkanlah sabarr

  3. Anon

    January 11, 2022 at 4:40 pm

    Kalau kucing tu dtg makan rumah kita automatik jadi kucing kita ke? Niat nak berbudi pada haiwan, xsanggup tgk dia lapar. Takde niat nak membela. Tak mampu nak mandulkan semua. Tapi masih dipandang serong, dosa cuma nak bagi haiwan kesayangan nabi makan. Tapi lantaklah org nak marah ke apa. Niat cuma nak bagi kucing makan.

Loading...