Ucapan Mamazie Buat Shila Amzah Raih Perhatian, Doakan Jadi Ibu & Isteri Yang Baik – “Mak Sayang Kakak”

Hiburan

Ucapan Mamazie Buat Shila Amzah Raih Perhatian, Doakan Jadi Ibu & Isteri Yang Baik – “Mak Sayang Kakak”

Menerusi Instagram, ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman memuat naik hantaran bersempena dengan ulang tahun kelahiran penyanyi itu.

Tulis Fauziah atau Mamazie, dia sayangkan anak sulungnya itu dan mendoakan agar Shila menjadi seorang ibu dan isteri yang baik.

Advertisement

Semoga umur anakku adalah umur yang berkat, umur yang membawa kebaikan untuk semua. Serta umur yang menjadi kesempatan untuk rajin beribadah. Selamat hari lahir anakku, Shila.

Mak sayang kakak. Mak doakan kakak menjadi Isteri dan ibu yang baik, bahagia di dunia dan di akhirat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai warganet termasuklah rakan artis seperti Lizza Abdullah, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Sharifah Zarina yang memberi komen di Instagram.

Ia berikutan konflik keluarga terbabit sebelum ini dan perselisihan yang berlaku di antara Shila dan Mamazie.

Di ruangan komen, orang ramai turut berasa tersentuh dengan ucapan yang diberikan Mamazie untuk penyanyi berusia 34 tahun tersebut.

Menurut netizen, kasih ibu tiada tandingannya dan anak-anak perlu menghargai mereka selagi masih hidup.

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

8 months ago

"Salah Orang Kita Nampak, Dalam Hidup Ni Jangan Rasa Diri Kita Baik" - Ibu Shila Amzah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...