“Salah Orang Kita Nampak, Dalam Hidup Ni Jangan Rasa Diri Kita Baik” – Ibu Shila Amzah

Hiburan

“Salah Orang Kita Nampak, Dalam Hidup Ni Jangan Rasa Diri Kita Baik” – Ibu Shila Amzah

Setelah lama tidak menjadi perhatian ramai, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman kembali menjadi bualan warganet selepas memuat naik satu hantaran status di Instagram Story.

Jangan rasa diri terlalu baik

Dalam hantaran yang dimuat naik, Fauziah memberi pesanan kepada setiap individu untuk tidak merasakan diri sendiri terlalu baik.

Advertisement

Kita mungkin banyak nampak salah orang, tapi kita perlu ingat bahawa diri kita juga punya watak yang tidak baik dalam kehidupan orang lain.

ig ibu shila amzah

Tak ‘petik’ nama mana-mana pihak

Namun begitu, Mama Zie sama sekali tidak menyebut nama mana-mana pihak ataupun memberi bayangan status terbabit ditujukan untuk seseorang.

Sebelum ini, Shila Amzah memberitahu kepada pihak media bahawa dirinya belum bersedia untuk bersemuka dengan ibu susulan konflik keluarga dan kini hanya mahu memberi sepenuhnya fokus kepada bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

shila amzah
2024-04-01 09:38:15

"Setakat Ni Saya Belum Sedia Berjumpa Dengan Ibu.." - Shila Amzah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram