Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ucapan Lagu Tidak Diterima Di Malaysia Hanya Sekadar Luahan Hati – Ayda Jebat

Berjaya merangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik(APM 2018) baru-baru ini di Singapura, ucapan penyanyi Ayda Jebat yang seakan menyidir lagunya Mata tidak dapat diterima di Malaysia menjadi topik hangat di media sosial. Tentulah ramai yang tidak setuju dan menganggap Ayda mempertikaikan bahawa industri muzik tanah air tidak boleh menerima sebarang pembaharuan.

Advertisement

Dikecam teruk kerana kata-katanya itu, Ayda memberitahu beliau sedikit pun tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Apa yang diucapkan hanyalah sekadar luahan hatinya.

Ucapan saya sekadar luahan hati sebab lagu Mata jarang dimainkan di stesen radio tempatan. Barangkali ia diputarkan ketika promosi saja. Saya kira mungkin elemen lagu ini belum menepati kehendak stesen radio atau pendengar, namun dengan saya berharap kemenangan di APM boleh membuka mata orang yang sebenarnya negara luar menyukai konsep lagu yang sebegini.

Saya tiada niat untuk tujukan ucapan itu kepada sesiapa. Bagi saya, rezeki Allah itu luas jika tidak di negara sendiri, mungkin ada di tempat lain.

Terdahulu, ramai yang mempercayai ucapan Ayda ada kaitan dengan kontroversi sebelum ini dimana lagu Mata gagal ke pentas AJL 32.  Netizen berpendapat, ianya tidak wajar untuk Ayda membuat ucapan yang ‘kurang cerdik’ itu kerana seakan memburukkan Malaysia.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Rockin Studio

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

46 Comments

  1. Radio karat

    October 3, 2018 at 10:27 pm

    Lagu mata tak menepati selera saya. Mungkin kalau tukar artis boleh tepati selera saya. Sekian.

    Dari isu dgn Shila amzah dlu. Saya lihat ayda jebat kurg sensitif dgn perasaan org lain. Harap ambil iktibar.

  2. blackblue

    October 3, 2018 at 4:06 pm

    Nak buat macam mana, lagu kau tu kena dgn telinga diorg, bukan kami malaysia. Terima ajalah kenyataan. Kau tak ikut mainstream malaysia, bye bye la kau main lagu kt luar negara.

  3. Kakak Solaris

    October 3, 2018 at 2:36 pm

    Lagu kau sama taraf dengan lagu2 orang sana tu tak sedap langsung! Tah la tak tau sape tah yang buat show pakai baju tido? pastu yg sorang lagi acah2 brunos mars tapi muka orang asli! Lagu kau menang sebab yang bertanding dalam tu pun lagu2 sampah je. APM tu betul2 yang aku tunggu Tokti dgn Judika. Lain2 tah pape jeeeeee…

  4. Anonymous

    October 3, 2018 at 11:44 am

    apa kata paksa si ayda ni beli, dengar, dan support lagu yang tak sedap.sumbat kat telinga dia. lagu bobo di mana, lagu ayam mee lavida tu pun lagi sedap tau dari lagu kau.. dah orang taknak dgr nak buat mcmana…setakat apm je pun, wlupun 3 buah negara, tp alahai, indonesia dan singapura tu kira serumpun je..

  5. prihatin

    October 3, 2018 at 11:26 am

    bkn x nak perubahan…x boleh terima perubaha.
    Tapi lagu pun x sedap di dengar….
    Camne?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top