Ucapan Lagu Tidak Diterima Di Malaysia Hanya Sekadar Luahan Hati – Ayda Jebat

Hiburan

Ucapan Lagu Tidak Diterima Di Malaysia Hanya Sekadar Luahan Hati – Ayda Jebat

Berjaya merangkul trofi Lagu Terbaik Malaysia di Anugerah Planet Muzik(APM 2018) baru-baru ini di Singapura, ucapan penyanyi Ayda Jebat yang seakan menyidir lagunya Mata tidak dapat diterima di Malaysia menjadi topik hangat di media sosial. Tentulah ramai yang tidak setuju dan menganggap Ayda mempertikaikan bahawa industri muzik tanah air tidak boleh menerima sebarang pembaharuan.

Advertisement

Dikecam teruk kerana kata-katanya itu, Ayda memberitahu beliau sedikit pun tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Apa yang diucapkan hanyalah sekadar luahan hatinya.

Ucapan saya sekadar luahan hati sebab lagu Mata jarang dimainkan di stesen radio tempatan. Barangkali ia diputarkan ketika promosi saja. Saya kira mungkin elemen lagu ini belum menepati kehendak stesen radio atau pendengar, namun dengan saya berharap kemenangan di APM boleh membuka mata orang yang sebenarnya negara luar menyukai konsep lagu yang sebegini.

Saya tiada niat untuk tujukan ucapan itu kepada sesiapa. Bagi saya, rezeki Allah itu luas jika tidak di negara sendiri, mungkin ada di tempat lain.

Terdahulu, ramai yang mempercayai ucapan Ayda ada kaitan dengan kontroversi sebelum ini dimana lagu Mata gagal ke pentas AJL 32.  Netizen berpendapat, ianya tidak wajar untuk Ayda membuat ucapan yang ‘kurang cerdik’ itu kerana seakan memburukkan Malaysia.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Rockin Studio

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...