Kalau sebelum ini pelakon Fast & Furios iaitu Tyrese Gibson dilaporkan sudah memeluk Islam oleh beberapa media di Malaysia (termasuk BeautifulNara), kali ini pelakon hebat itu telah tampil untuk membuat penafian tentang khabar angin tersebut. Malah Tyrese menegaskan yang dirinya masih memeluk agama Kristian dan memaklumkan dirinya menghormati kesemua agama di dunia ini.
Ternyata gambar ‘Salam Ramadhan’ yang dikongsikan oleh Tyrese adalah sekadar mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia sebagai satu tanda penghormatan. Tyrese juga telah menegaskan tentang perkara ini menerusi akaun Twitternya. Senang cerita, Tyrese tidak memeluk agama Islam dan laporan tersebut adalah palsu.
Apa pun, Abang Nara menghormati kata-kata cinta dan semangat menghormati yang ditunjukkan oleh Tyrese Gibson kepada semua agama. Semoga ia dicontohi oleh kita semua.