Pelakon Fast & Furious, Tyrese Gibson Dikatakan Sudah Memeluk Islam

Hiburan

Pelakon Fast & Furious, Tyrese Gibson Dikatakan Sudah Memeluk Islam

Tyrese Gibson merupakan salah seorang pelakon di dalam francais filem Fast & Furios. Pelakon hebat ini dilaporkan sudah memeluk agama Islam sejak awal 2014. Dia mengambil keputusan itu selepas berkunjung ke Dubai. Difahamkan Tyrese ke sana untuk menghiburkan dirinya selepas kematian Paul Walker. Di Dubai, Tyrese sempat bergambar dengan mengenakan serban lengkap jubah berwarna putih. Setelah memeluk Islam, Gibson merasa dirinya seperti manusia yang baru lahir.

tyrese gibson converts to islam

Advertisement

Malah Tyrese Gibson menerusi laman Instagramnya juga telah memuatnaik gambar mengucapkan selamat menyambut Ramadhan buat para pengikutnya. Ternyata ucapan tersebut telah membuatkan para peminatnya teruja dan memberikan respon yang amat baik. Tulis Tyrese:-

Ramadan al-Mubarak untuk semua umat Islam di seluruh dunia, aku mencintaimu. Aku benar-benar mencintaimu!!! Insya ALLAH berkat untuk kamu dan keluargamu

tyrese gibson converts to islam

Berikut ialah video di mana Tyrese Gibson dilihat berpakaian jubah lengkap berserban dan turut memberikan salam kepada mereka di dalam video itu.

Selamat datang diucapkan kepada Tyrese Gibson jika berita ini adalah benar. Semoga dilimpahi rahmat dan dipermudahkan segala urusan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...