Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Turun 20 Kg Lepas Bersalin Anak Kedua, Siti Nurhaliza Mahu Lebih Kurus

Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu bahawa dia ingin menurunkan lagi berat badan sehingga mencapai tahap ideal.

Advertisement

Ujar Siti, setelah melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa kira-kira tiga bulan yang lalu, berat badannya mencecah sehingga 92kg namun dia berjaya menurunkan berat sebanyak 20kg selepas bersalin.

Dia yang ditemui ketika sidang media virtual produk BeauRaya semalam turut memaklumkan ingin menurunkan berat badan sebanyak 10kg lagi untuk mencapai berat ideal iaitu 60kg.

Akui Siti lagi, berat badannya sukar untuk turun berbanding wanita lain selepas berpantang.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, dia kini lebih tertumpu kepada Afwa selepas menimang cahaya mata keduanya itu.

“Sebelum ini memang saya manjakan dan lebihkan tumpuan pada Aafiyah. Tapi sekarang saya fokus dan lebihkan kepada Afwa pula. Alhamdullilah Aafiyah okay sahaja dan dia pun sangat sayangkan adiknya. Setiap pagi selepas bangun dia akan mencari adiknya untuk dicium..”

Advertisement

Penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu turut menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran dua permata hatinya itu kerana telah melengkapkan kehidupan berkeluarga untuk dirinya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. hahahhhahahaha

    July 26, 2021 at 5:36 pm

    apsal mcm muka umie aida ye? Ke mana wajah CT masa muda mudi dulu?

    • anonymous

      July 27, 2021 at 11:44 am

      umie aida muka macam bapok

  2. anonymous

    July 26, 2021 at 3:05 pm

    ada aku kesah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top