Konflik mereka ini mencetuskan kontroversi hangat dan kali ini isteri Azmi iaitu Faye Kusairi sudah mula bersuara apabila dikritik dan dihimpit pelbagai persoalan.
Terdahulu, Elly turut meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap Azmi yang tidak memberikan nafkah kepada anak mereka, Putri Sara Sefhia. Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah supaya Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober tahun lalu. Azmi dan Elly sah bercerai pada 15 Oktober 2015. Kemudian pengarah itu mendirikan rumah tangga bersama pelakon Faye Kusairi pada 9 April 2017.