Melakukan hubungan sebelum berkahwin seolah-olah sudah menjadi kebiasan buat orang muda pada zaman kini walaupun tahu ia sama sekali salah disisi agama.
Tetapi pasangan ini dengan beraninya menghadirkan diri ke sebuah podcast di YouTube mendedahkan aib mereka tanpa segan silu.
Difahamkan, lelaki berumur 20 tahun serta gadis berumur 17 tahun itu berkenalan di sebuah kelab malam dan setelah dua minggu berkenalan mereka sudah pun melakukan hubungan seks luar nikah.
Bagi lelaki tersebut hubungan terlaran itu sudah menjadi kebiasaan buat dirinya tetapi untuk gadis itu, ia merupakan kali pertama dan dia sudah rasa tanda-tanda diri hamil setelah dua kali ujian kehamilannya ada 2 garis merah.
Biarpun sudah mengetahui hal itu, lelaki terbabit dengan selamba berkata perlukan masa untuk berfikir sebelum mengambil keputsan untuk bertanggungjawab dan berkata akan menunggu hingga trimester pertama sebelum memberi kata putus.
Sememangnya pendedahan itu mendatangkan rasa kurang senang daripada kalangan netizen dan ada yang membuat pendedahan bahawa lelaki itu pernah menghamilkan anak dara orang, sempat berkahwin tetapi berakhir dengan penceraian.
Dalam pada masa yang sama, gadis berumur 17 tahun itu memberitahu dia sudah keluar dari rumahnya memandang keluarga berasa kecewa dengan berita kehamilan luar nikah itu.