Tunggu Sahaja Keputusan Mahkamah, Hafiz Hamidun Enggan Keluarkan Sebarang Kenyataan

Hiburan

Tunggu Sahaja Keputusan Mahkamah, Hafiz Hamidun Enggan Keluarkan Sebarang Kenyataan

Sebelum ini, Joy Revfa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Hafiz Hamidun tergesa-gesa mahu berkahwin kerana inginkan sesuatu. Sudah tentu kenyataan tersebut menimbulkan persoalan di kalangan mereka yang mengikut kontroversi pasangan suami isteri ini. Dan sudah tentu juga ramai yang berharap Hafiz Hamidun tampil untuk menjawab kenyataan Joy Revfa itu. Namun Hafiz telah mengambil langkah bijak dengan memaklumkan yang dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan, sebaliknya hanya menunggu keputusan mahkamah terhadap kesnya dan Joy Revfa.

joy revfa hafiz hamidun

Advertisement

Iyerlah kalau masing-masing berbalas kenyataan, memang sampai tahun depan pun tak akan habis. Lepas itu kenyataan tersebut akan mengelirukan lagi masyarakat. Malah ia turut boleh digunakan di mahkamah. Jadi lebih baik Hafiz Hamidun berdiam diri dan emnunggu sahaja perbicaraan berlangsung. Kata Hafiz Hamidun:-

Sudah tiada apa yang nak diperkatakan lagi mengenai perkahwinan saya dengan Joy Revfa, dia memilih untuk menyelesaikan cara mahkamah, jadi kita tunggu sajalah keputusan hakim. Saya rasa tidak perlu keluarkan sebarang kenyataan kerana tak mahu orang fikir saya sekadar ingin meraih simpati.

Mungkin pada mata dia yang nampak seperti tergesa-gesa nak berkahwin, itu pendapat dia, jadi saya tak perlu nak ulas tentang benda ini. Sekarang dia sudah pilih jalan mahkamah, jadi tak perlu nak keluarkan apa-apa kenyataan tentang kes ini. Cukup-cukuplah, hormati proses mahkamah!

Saya banyak bersembang dengan orang sekeliling dan minta pandangan mereka, tak perlu nak stress atau tertekan kerana setiap masalah ada jalannya. Saya berpegang kepada prinsip, jangan buat keputusan ketika marah dan jangan juga buat keputusan semasa terlalu suka. Malah, kawan-kawan pun tak pernah bertanya tentang isu ini sehingga saya pula yang rasa pelik, mungkin mereka rasakan isu ini agak sensitif sehingga tak berani nak bertanya.

joy revfa hafiz hamidun

Abang Nara sebenarnya pun dah tak sabar nak menunggu perbicaraan kes ini berlangsung di mahkamah. Ia adalah satu kes yang amat menarik dan banyak pengajaran yang boleh diambil. Yang pasti kepentingan pendaftaran perkahwinan tidak boleh dipandang remeh oleh pasangan yang mahu berkahwin, sama ada di dalam atau di luar negara. Ini semua untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi. Apa pun Abang Nara ucapkan all the best dan good luck buat Hafiz Hamidun. Semoga kebenaran akan terbukti, sekaligus membolehkan Hafiz melupakan episod hitam di dalam hidupnya ini. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...